Thursday, May 30, 2013

Rider lain punye cerita...

Selepas hentian Simpang Pulai, scooter Elegan si Erie buat hal. Tak boleh laju. Boleh jalan sekitar 30km/j saja. Bila pulas throttle lebih sedikit, enjin akan semput.

Rider lain, ada yang jalan dulu dan tunggu di Ulu Bernam dan ada yang escort Erie sampai ke Ulu Bernam.

Mereka sampai ke sana sekitar 3.30am, lebih kurang masa yang sama dengan waktu saya keluar di toll Slim River.

Masa saya check in di hotel Tanjung Malim sekitar 4.30am, mereka masih berada di Ulu Bernam.

Tetapi semasa bertolak semula ke KL, Elegan tu pulih. Mereka sampai di Toll Jalan Duta sebelum melewati 24 jam dari waktu kami bertolak.

Maknanya, 5 riders (Aprilia, Elegan dan 3 Sym) berjaya membuat perjalanan pergi dan balik Kuala Lumpur - Kota Bharu dalamasa kurang dari 24 jam.

Saya sampai di KL sekitar pukul 3.30pm. Masa perjalanan saya lebih kurang selama 33.5 jam.

TAHNIAH kepada S2 Riders!

#powerideII #kotabharu #jalanjauh #aprilia #rosak #blade650

Wednesday, May 29, 2013

Pulih dan sampai...

Lepas hilang lelah, ride lagi. Lepas beberapa km, tiba-tiba piston kedua mula hidup.

Power restored!

Saya terus ride at normal speed. Sampai KL terus masuk jalan hala KLIA/JB.

Beberapa kali berhenti untuk basuh muka. Hilangkan ngantuk.

4.45pm sampai rumah. Jumlah perjalanan sekitar 1100km.

Lega.......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Perjalanan balik

Lepas makan, terus bertolak balik. Singgah isi minyak dulu sebab dah nak kering.

Masuk highway Tanjung Malim - KL. Maintain speed sekitar 70km/j.

Motor jalan lancar walaupun tak ada power. Suhu enjin turun naik antara separuh hingga tiga perempat. Risau, harapa-harap tak overheat.

Sampai hentian sebelah Sg Buloh, berhenti rehat. Perghhh... terperanjat bila tengok ekzos hangus. Sticker terbakar dan hujung silencer warna putih sebab terlalu panas. Bahagian lain enjin nampak okay!

Sejukkan enjin dulu.....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rehat

Lepas check in hantar mesej pada Roling mengatakan saya bermalam di Tanjung Malim. Tak pasti sampai ke tidak kerana bateri phone dah 'merah'.

Lepas tu mandi dan rehat. Tidur dan bila tersedar dah hampir 10am. Bersiap untuk bertolak balik.

Masa tu terpaksa fikir, nak ride atau hantar naki lori je. Hati saya suruh ride juga sebab walaupun perlahan, rasanya boleh sampai SenangWang. Jaraknya lebih kurang 200km.

Start motor. Tak ada apa-apa perubahan, satu piston saja yang hidup!

Sebelum gerak, sarapan+makan tengahari dulu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Slim River - hotel penuh!

Di Slim River, saya cuba cari hotel. Tapi tak ada kosong. Rest house kerajaan pun penuh.

Tak ada pilihan, terpaksa ke Tanjung Malim, 22km ke selatan.

Hujan masih lebat. Jalan ke sana kebanyakan gelap. Motor jalan dengan satu piston je.

Walaupun tak sejauh mana, hati risau. Kalau enjin mati tengah jalan.....aduuyaaiiii....

Nasib baik, sampai area berhampiran Tanjung Malim ada hotel bajet dan bilik pun ada kosong.

Check-in dlm keadaan basah kuyup dan lepak situ dulu. Motor parking depan hotel. Harap-harap pagi esoknya enjin akan okay......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Single Piston

Bila gerak dari R&R Simpang Pulai, semua setuju untuk berhenti untuk alas perut di hentian Ulu Bernam.

Zasss....laju je sumuanya. Saya muala agak lewat dan si Pisau....bila di hidupkan enjin, cuma satu piston yang menyala. Motor tak de power, tak boli nak laju langsung!

Yang lain dah jauh di dahapan, sedangkan saya terpaksa begerak hanya sekitar 60-70km/j saja.

Hujan masih lebat. Mata dah naik mengantuk. Gepren pun mengadu penat. Beberapa kali berhenti dan cuba untuk hidupkan enjin dengan sempurna. Tidak berjaya!

Samapai Slim River, enjin macam nak mati. Saya keluar dari highway. Dah buat keputusan dengan Gepren untuk bermalam saja di sana.

Ada ke hotel atau rumah tumpangan di Slim River......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kuyup

Dah lewat malam. Kami bertolak dr Kg Raja dengan harapan akan sampai dan langkapkan perjalanan sebelum 24 jam berakhir. Dan di snilah the true adventure bermula......

Tak sampai 3km hujan turun dengan lebat. Bila selesai pakai baju hujan, dah kuyup pun.

Hujan terlalu lebat hingga jalan pun tak nampak. Air pula memenuhi permukaan jalan. Bahaya wooo...

Lebih 50km kami redah hujan lebat. Sampai R&R Simpang Pulai pun masih hujan......

Pakai baju hujan pun setakat nak kurangkan sejuk je, basah tetap basah......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone