Thursday, May 30, 2013

Rider lain punye cerita...

Selepas hentian Simpang Pulai, scooter Elegan si Erie buat hal. Tak boleh laju. Boleh jalan sekitar 30km/j saja. Bila pulas throttle lebih sedikit, enjin akan semput.

Rider lain, ada yang jalan dulu dan tunggu di Ulu Bernam dan ada yang escort Erie sampai ke Ulu Bernam.

Mereka sampai ke sana sekitar 3.30am, lebih kurang masa yang sama dengan waktu saya keluar di toll Slim River.

Masa saya check in di hotel Tanjung Malim sekitar 4.30am, mereka masih berada di Ulu Bernam.

Tetapi semasa bertolak semula ke KL, Elegan tu pulih. Mereka sampai di Toll Jalan Duta sebelum melewati 24 jam dari waktu kami bertolak.

Maknanya, 5 riders (Aprilia, Elegan dan 3 Sym) berjaya membuat perjalanan pergi dan balik Kuala Lumpur - Kota Bharu dalamasa kurang dari 24 jam.

Saya sampai di KL sekitar pukul 3.30pm. Masa perjalanan saya lebih kurang selama 33.5 jam.

TAHNIAH kepada S2 Riders!

#powerideII #kotabharu #jalanjauh #aprilia #rosak #blade650

Wednesday, May 29, 2013

Pulih dan sampai...

Lepas hilang lelah, ride lagi. Lepas beberapa km, tiba-tiba piston kedua mula hidup.

Power restored!

Saya terus ride at normal speed. Sampai KL terus masuk jalan hala KLIA/JB.

Beberapa kali berhenti untuk basuh muka. Hilangkan ngantuk.

4.45pm sampai rumah. Jumlah perjalanan sekitar 1100km.

Lega.......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Perjalanan balik

Lepas makan, terus bertolak balik. Singgah isi minyak dulu sebab dah nak kering.

Masuk highway Tanjung Malim - KL. Maintain speed sekitar 70km/j.

Motor jalan lancar walaupun tak ada power. Suhu enjin turun naik antara separuh hingga tiga perempat. Risau, harapa-harap tak overheat.

Sampai hentian sebelah Sg Buloh, berhenti rehat. Perghhh... terperanjat bila tengok ekzos hangus. Sticker terbakar dan hujung silencer warna putih sebab terlalu panas. Bahagian lain enjin nampak okay!

Sejukkan enjin dulu.....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rehat

Lepas check in hantar mesej pada Roling mengatakan saya bermalam di Tanjung Malim. Tak pasti sampai ke tidak kerana bateri phone dah 'merah'.

Lepas tu mandi dan rehat. Tidur dan bila tersedar dah hampir 10am. Bersiap untuk bertolak balik.

Masa tu terpaksa fikir, nak ride atau hantar naki lori je. Hati saya suruh ride juga sebab walaupun perlahan, rasanya boleh sampai SenangWang. Jaraknya lebih kurang 200km.

Start motor. Tak ada apa-apa perubahan, satu piston saja yang hidup!

Sebelum gerak, sarapan+makan tengahari dulu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Slim River - hotel penuh!

Di Slim River, saya cuba cari hotel. Tapi tak ada kosong. Rest house kerajaan pun penuh.

Tak ada pilihan, terpaksa ke Tanjung Malim, 22km ke selatan.

Hujan masih lebat. Jalan ke sana kebanyakan gelap. Motor jalan dengan satu piston je.

Walaupun tak sejauh mana, hati risau. Kalau enjin mati tengah jalan.....aduuyaaiiii....

Nasib baik, sampai area berhampiran Tanjung Malim ada hotel bajet dan bilik pun ada kosong.

Check-in dlm keadaan basah kuyup dan lepak situ dulu. Motor parking depan hotel. Harap-harap pagi esoknya enjin akan okay......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Single Piston

Bila gerak dari R&R Simpang Pulai, semua setuju untuk berhenti untuk alas perut di hentian Ulu Bernam.

Zasss....laju je sumuanya. Saya muala agak lewat dan si Pisau....bila di hidupkan enjin, cuma satu piston yang menyala. Motor tak de power, tak boli nak laju langsung!

Yang lain dah jauh di dahapan, sedangkan saya terpaksa begerak hanya sekitar 60-70km/j saja.

Hujan masih lebat. Mata dah naik mengantuk. Gepren pun mengadu penat. Beberapa kali berhenti dan cuba untuk hidupkan enjin dengan sempurna. Tidak berjaya!

Samapai Slim River, enjin macam nak mati. Saya keluar dari highway. Dah buat keputusan dengan Gepren untuk bermalam saja di sana.

Ada ke hotel atau rumah tumpangan di Slim River......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kuyup

Dah lewat malam. Kami bertolak dr Kg Raja dengan harapan akan sampai dan langkapkan perjalanan sebelum 24 jam berakhir. Dan di snilah the true adventure bermula......

Tak sampai 3km hujan turun dengan lebat. Bila selesai pakai baju hujan, dah kuyup pun.

Hujan terlalu lebat hingga jalan pun tak nampak. Air pula memenuhi permukaan jalan. Bahaya wooo...

Lebih 50km kami redah hujan lebat. Sampai R&R Simpang Pulai pun masih hujan......

Pakai baju hujan pun setakat nak kurangkan sejuk je, basah tetap basah......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 28, 2013

GM ke Simpang Pulai

Di Gua Musang kami terus ambil simpang ke Cameron Highland. Jalan di sini tak berapa baik. Ada kerja-kerja membaiki jalan. Gelap lagi.

Sepanjang jalan pula tak ada kereta. Cuma kami enam biji motor sahaja. Seram beb! Tambahan pula mas tu bulan mengambang penuh.

Ooooooooooo.......

Sampai di Cameron Highland....sejuk woo. Tapi yang hairannya, tidak ada kabus. Jadi jelaslah ladang-ladang sayur dan bunga yang terang di pasang dengan lampu. Katanya, dengan itu tanaman akan cepat besar.

Kami berhenti di satu simpang lepas Kg Raja. Rehat sebentar.....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, May 27, 2013

KK ke GM

Dari Kuala Krai ke Gua Musang, sama gak. Bedesuuup.... Kereta banyak. Tapi tak jadi masalah. Potong satu persatu.

Dua biji kereta je yang berani mengikut, sebiji Wira dan sebiji Nissan Grand Livina.

Masa tu, hari dah gelap jadi Si Bobe jadi tukang suluh. Lampu Aprilia tu macam lampu kapalterbang.

Pergh....tengah malam pun ride macam jalan kampung sendiri....
Kami berhenti di sebuah R&R sebelum Gua Musang (sekitar 20km). Semua setuju terus ride ke Ulu Bernam untuk makan malam.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 25, 2013

Joom balik!

05:15pm

Bertolak balik dari masjid. Sebelum tu sempat borak dengan brothe GP 100.

Aduh...lamanya menunggu lampu hijua ni....
Dia kata ada orang offer RM7k untuk motor tu tapi dia tak mahu jual sebab nak diwariskan kepada anak lelaki dia.

Itu kalau bapa dan anak ada citarasa yang sama laaa.....

Jalan hal Kuala Krai....pergh...cam KL lah. Jem.....apa mak buat, kena redah juga.


Tapi petang ni semua main full throttle kot. Hilang kat depan semuanya. Sampai Petronas Kuala Krai baru jumpa semula!

Ni tengah lepak kat Petronas le ni (sekarang 07:15pm). Jap lagi nak jalan balik!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Lepas dapat makan kita mesti bersyukur!

4:30pm

Kat masjid Al Muhammadi. Sembahyang jap. Lepas ni dah nak balik. Cadangannya balik ni nak ikut Cameron Highland.

Tapi petang begini....KB-Kuala Kerai jam wooooo......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Makan

Alamak... Nasi dah abis. Jadi cari port lain la.

Jumpa plak kedai jual nasi kukus dengan ayam goreng. singgah lah kat situ. Kalau tak makan nanti mahu berkeroncong perut.

Tapi, alhamdulillah, sedap juga. Tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Yeaahhh....dah sampaiiii.....

03:05pm

Sampai ke destinasi, Kota Bharu. Lepak di sebuah restoran berhampiran komplek kraftangan.

Perut dah lapar ni. Kalau dapat nasi berlauk memang sedap.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 24, 2013

Kuala Krai

01:20pm
Baru sampai Petronas Kuala Krai (Taman Guchil Jaya).

Pergh....panas beb walaupun matahari kadang-kadang terlindung dek awan.

Jalan agak sibuk tetapi masih boleh memotong dengan mudah. Tak ada masalah bagi skuter-skuter 200cc.

Riders pun nampak ceria walaupun dah mula kebas-kebas punggung. Si Biru pun nampak selesa. Suhu enjin normal dan tidak ada tanda-tanda akan panas lampau.

Penggunaan petrol.....pergh..jimat. Mungkin sebab speed sederhana je. Belting scoot-scoot tak da menunjukkan tanda-tanda akan memberi masalah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

R&R Gua Musang

10:40am

Dah sampai R&R Gua Musang. Dari KL ke sini dalamasa 4 jam.... Kira laju juga tu.

Cuma, agak terlalu lama ride tanpa berhenti yang cukup. Dua kali berhenti untung buang air dan sekali untuk repair motor si Erie. Tu je....

Saya ni dah masuk kategori veteren. Jadi, 4 jam....aduiii... dah naik mengantuk. Samapai tersasar satu selekoh sebelum sampai R&R ni tadi. Alhamdulillah....dapat mengawal keadaan.

Bobe, Bob Panjang, Roling, Shah dan Erie semua nampak sihat segar bugar lagi. Ye lah...mereka muda remaja lagiiiii......... Si Rose pembonceng Blade pun nampak cam okay je. Masa tidur dia belum sampai lagi lah tu!

R&R ni konsep baru. Luas dan selesa. Kena isi perut dulu beb. Jalan jauh kalau perut lapar, mata akan cepat ngantuk. Itu diri sayalah..... Orang lain mungkin lain pendapatnya.

Cuaca dah kembali cerah. Lepas ni ride bawah cahaya mentari lah pulak.

11:40am....akan gerak semula......


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Felda Kechau

9.00am
Petronas Felda Kechau.

Gilo gak ni, dah 4 jam ride. Perut lom diisi. Aduiiii.....

Cuaca agak kelam. Tak nampak matahari. Tapi rasanya ini bukan awan tapi jerubu yang agak teru.

Kat Petronas ni tak ada gerai yang cun. So, makan roti krim je la.

Jalan setakat ni okay. Kereta pun tak berapa banyak.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Melayang

7.40am.

Ha..ha..ha...
Lepas Bentong jalan lurus. Jadi laju je la.

Tetiba je back rest Elegan si Erie melayang. Ni sedang merepair lah ni.
Performance part terlampau power - Toyol!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Bentong

Sampai Bentong 7.05am.

Perjalanan smooth. Sejuk pula tu. Sekitar Janda Baik berkabus. Tapi penglihatan clear je.

Sekarang hampir 7.15am. Dah nak gerak balik. Cadang nak sarapan kat area Kuala Lipis.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hari ni lah....

25/05/2013
5.00am bertolak dari Senawang. Dah lewat, tros pecut ke R&R Seremban. Sampai sana 5.25am. Roling, Bob dan Shah dah tunggu.

Zasss... Dah lewat. Tros shoot ke Ampang.

Sampai Ampang dah kol 6.00am. Bob Panjang dan Erie dah tunggu. Isik minya, subuh, dah nak mula jalan ni....6.20am.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 23, 2013

-1 hari

Ride besok. Tinggal beberapa jam sahaja lagi. Kami bercadang untuk bertolak sekitar 5.30am.

Cuaca hari ni cerah, tapi berawan. Kalau ride memang cun sebab tak terlalu panas. Harap-harap dapat cuaca sebegini esok.

Berapa ramai yang akan ikut serta? Masih belum confirm. Yang pasti, kalau ada 2-3 biji motor pun, kami tetap akan ride. Tapi kalau ramai, mesti lebih ceria dan berseri!

Si Gadis Biru....she is about ready......

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sedia....

Tak pernah saya prepare motor lewat cam ni. Kali ni, dah tinggal 2 hari barulah motor siap service.

Hantar ke kedai motor dah lama, tapi tak siap-siap. Bila dah siap pula, bila test, macam-macam yang tak kena.

Akhirnya, kata dua buat mekanik. Kalau menjelang -1 hari ride tak siap juga, dia kena pinjamkan Versys 1000 untuk saya sesah pergi ke Kota Bharu.

Petang tadi, si Biru siap.....

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone