Di Gua Musang kami terus ambil simpang ke Cameron Highland. Jalan di sini tak berapa baik. Ada kerja-kerja membaiki jalan. Gelap lagi.
Sepanjang jalan pula tak ada kereta. Cuma kami enam biji motor sahaja. Seram beb! Tambahan pula mas tu bulan mengambang penuh.
Ooooooooooo.......
Sampai di Cameron Highland....sejuk woo. Tapi yang hairannya, tidak ada kabus. Jadi jelaslah ladang-ladang sayur dan bunga yang terang di pasang dengan lampu. Katanya, dengan itu tanaman akan cepat besar.
Kami berhenti di satu simpang lepas Kg Raja. Rehat sebentar.....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sojuk oooo... nak sampai cameron... jalan plak line dah x nampak... tak rata plak... melompat2 ooo... takleh nak laju bona....
ReplyDelete